KONFLIK DALAM LEGENDA PUTERI SAADONG
DOI:
https://doi.org/10.47252/teniat.v8i2.299Keywords:
keinginan, keperluan, konflik, legenda, nilaiAbstract
Legenda Puteri Saadong (LPS) adalah salah sebuah kisah legenda masyarakat di negeri Kelantan. LPS mengandungi pelbagai elemen konflik yang terkandung di dalamnya. Konflik-konflik berkenaan menjadikan LPS sebagai sebuah kisah yang semakin banyak mendapat perhatian dalam kalangan sarjana. Oleh itu, perbincangan dalam penulisan ini memfokus kepada elemen konflik yang berlaku di dalam LPS dengan merujuk kepada peristiwa-peristiwa penting yang terdapat di dalam pengkisahannya. Penelitian elemen konflik dalam penulisan ini berfokus kepada pendekatan konflik yang berpandukan kepada pendekatan John W. Burton (1969). Berdasarkan pendekatan ini, terdapat tiga elemen yang boleh membantu dalam mengenalpasti konflik yang terdapat di dalam LPS iaitu, keperluan (needs), nilai (values) dan keinginan (interests).
The Legend of Puteri Saadong (LPS) is one of the folklore stories of Kelantan. The LPS contains many elements of the conflict. These conflicts have made LPS an increasingly popular legend among scholars. Therefore, the discussion in this paper will focus on the elements of conflict occurring within the LPS with reference to the key events in its story. The study of the elements of conflict in this paper focuses on the approach of conflict based on John W. Burton's (1969) approach. Based on this approach, there are three elements that can help to identify the conflict within LPS namely as needs, values and interests.